Sedutan bahan dari Youtube..
.
Penulis bersama isteri , Puan Hajjah Noriah bt Zaman Shah serta beberapa sahabat telah berkesempatan berkunjung ke kota tersebut sekitar bulan March 2014. Lawatan sambil belajar itu telah di biayai oleh seorang sahabat juga besan penulis.iaitu.. .Tuan Haji Zaid B Hj Abdullah dan Isterinya Puan Hajjah Zaidah , .Penulis menulis catatan mengenai lawatan tersebut secara ringkas mengenai asal usul serta keadaan semasa mengenai suatu kejadian didalam lipatan sejarah.
Berikut adalah catatan mengenai lawatan tersebut dalam bentuk kajian dan penelitian serta bahan bahan yang di dapati mengenai suatu tamadun empayar islam suatu masa dahulu .
Operasi penaklukan
Musa
bin Nushair telah mengarahkan Tariq bin Ziyad memimpin 7000 orang tentera pada
tahun 92H/711M bagi memperluaskan
empayar Islam dan menakluki Cartegana dan kawasan di sekitarnya. Tariq bin
Ziyad berkata kepada tentera Islam, “laut dibelakang kamu dan musuh di hadapan
kamu”. kemudian beliau telah membakar kesemua kapal dan memberikan semangat
kepada tenteranya untuk berhadapan dengan tentera Rodrigo. Tentera Rodrigo
mempunyai jumlah yang menandingi tentera Khalid iaitu 40,000 hingga 100,000
orang tentera, tetapi dengan tentera tambahan yang dihantar oleh Musa bin
Nusaib seramai 5000, tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera Rodrigo
dan Rodrigo telah terbunuh di dalam peperangan tersebut. Selepas berjaya
menakluk kota tersebut,Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nushair telah diarahkan
oleh Khalid al-Walid bin Abdul Malik untuk pergi ke Morocco pada 96M/715H dan
anak Musa bin Nusaib telah mengambil alih pemerintahan Andalusia. Di dalam fasa
penaklukan dan pengusaan wilayah Islam, tentera Islam telah berjaya mengalahkan
tentera yang terkuat dan terbanyak yang dimiliki oleh Goths walaupun terdapat
ramai tentera Islam yang terkorban, hampir kepada 1/3 daripada jumlah tentera.
Maka bermulalah era kegemilangan Islam di Sepanyol seperti bandar Malaga,
Granada dan Cordoba.
Kota Granada
Daerah
ini terdiri daripada Kota Granada, Cordoba dan Toledo. Ia telah diperintah oleh
Bani Al-Ahmar atau Bani Nasir. Ia telah diperintah dibawah penguasaan Bani
Nasir selama 250 tahun sebelum runtuhnya pada tahun 1429M. Kedatangan Arab
telah disekat ketika pemerintahan 2 orang pemerintah iaitu Zirids dengan 4
monarki dan Nazarites dengan bilangan sultan yang banyak. Pemerintahan mereka
bertahan selama 250 tahun sehingga runtuh pada 897H/1492M. Malaga dan Almaria
merupakan kota yang gemilang tetapi yang terhebat dan menjadi kota tumpuan
adalah Alhambra.
Alhambra
Alhambra
merupakan syurga di atas dunia, seperti yang dibayangkan oleh penyair, kekayaan
seni binaannya yang menakjubkan, dan merupakan permata dalam kalangan kota-kota
di Andalusia. Perkataan Algala Alhamra, kota merah atau dikenali sebagai istana
merah. Menaranya merah dengan bentengnya menjadi bersinar keperakan di malam
hari dan emas berkilauan ketika di siang hari. Ia telah dipelihara oleh
Mohammed Al-Ahmar dan anaknya pada kurun ke-13, dan Yusuf I dan anaknya
Mohammed V pada kurun ke-14. Alhambra merupakan sebuah pekan kecil yang memiliki
kubu pertahanan iaitu Al-Kazaba dan Alcaser iaitu kediaman mahkamah diraja.
Struktur Kota Alhambra
·
Pintu
Keadilan
Pintu ini adalah
jalan menuju ke Alhambra di mana terdapat sebuah hiasan lengkungan seperti
ladam kuda yang diberikan sedikit warna dengan warna oren dan emas. Lengkungan yang
kedua dan yang lebih kecil menunjukkan kunci kesenian yang menunjukkan
kekuasaan untuk memerintah dan membuat kekuasaan dan kekuatan wilayah.
·
Bekas
Cisterns
Ruangan yang
berbentuk segi empat yang membekalkan penghantaran air minuman sejuk yang besar
jumlahnya yang mana salah satu daripadanya telah dihantar menggunakan tenaga
keldai kembali ke Alhambra oleh penjualnya.
·
Alcasaba
Bermaksud
“mempertahankan kubu atau istana”. Ia mempunyai bilangan menara yang banyak
untuk mempertahankan lindungi istana dan kota. Menara yang mengelilingi kota
menggunakan kaedah amaran yang berbeza diantara siang dan malam. Kaedah yang
digunakan pada waktu malam untuk menyampaikan amaran kepada penduduk adalah
dengan menggunakan unggun api manakala di waktu siang, amaran diberikan dengan
menggunakan asap sebagai langkah berjaga-jaga oleh pengawal sekiranya sesuatu
yang tidak diingini berlaku. Di atas menara tersebut, terdapat laluan dihiasi
dengan taman yang memukau. Terdapat juga menara La Vela yang bermaksud penuh
berhati-hati dan siap sedia. Kuarter Albaicin adalah salah satu daripada unit
yang terkenal yang mempunyai rumah kecil yang tersusun antara satu sama lain
dengan laluan yang menuju ke daerah lain dalam kota tersebut.
Istana Diraja
Istana ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama ialah Bilik Emas
( Mexuar ), kedua ialah Bilik Comares iaitu mahkamah rasmi, dan ketiga ialah Bilik
Singa ( Hareem ). Mari kita merungkai dengan lebih mendalam untuk mengetahui
rahsia jabatan yang misteri ini.
1.
Mexuar:
Jabatan ini mengutamakan keadilan
sebagai teras jabatan. Kenyataan ini boleh dilihat dengan jelas di atas
perkataan yang diukir diatas jubin seramik untuk mengetengahkan keutamaan
keadilan di dalam ajaran Islam, “ masuk dan anda akan menemui keadilan”, dan
“jangan takut untuk meminta keadilan, di sini anda akan menemuinya”. Anda akan
melihat 4 ruangan kecil yang dipenuhi dengan ukiran daun dan rekaan yang
menawan dan hiasan yang telah merujuk kepada ‘Arabesques’ iaitu kesenian
tradisi masyarakat Arab yang dipenuhi hiasan dan warna yang menarik. Di dalam
ruangan tersebut, terdapat beberapa bahagian yang mempunyai huruf yang ganjil
dan di bahagian tengah terdapat kolam marmar yang cantik, tingkap –tingkap
kecil, bingkai yang diperbuat daripada ukiran kayu, dan ia merupakan hiasan yang
tertinggi yang terdapat di dalam bangunan tersebut.
2.
Bilik
Comares: Ia adalah pusat istana raja, dan berbentuk segi empat tepat dengan
kolam renang yang dikelilingi oleh pokok kecil yang berbunga putih atau merah
jambu yang mengeluarkan bau-bauan yang manis sebagai pagar. Jelas dilihat moto “Tuhan
sahaja yang menang” contoh, “Wa Allah Ghalib Ala Amreh” dalam Bahasa Arab.
a.
Dewan
Barakah: di bahagian pintu masuk, terdapat dua hiasan bertingkat yang
terpelihara untuk memegang pasu bunga kecil, bekas yang mempunyai muncung dan
bertangkai untuk hiasan air atau lampu. Ia merupakan alu-aluan dan keberkatan
ketika memasuki ke dalam dewan.
b.
Bilik Takhta
(Dewan Duta): bilik ini merupakan salah satu bilik yang paling menarik yang
mana dipayungi oleh kubah daripada kayu cedar, tingkap yang kecil dan hiasan
tradisi masyarakat Arab iaitu Arabesque.
Pemerintah Terakhir Granada
Terdapat tiga orang pemerintah ketika fasa terakhir pemerintahan Al-Ahmer
iaitu Muley Abdul Hassan, anaknya Baabdil, dan Elzagal yang merupakan abang
kepada Abdul Hassan sebelum ia berakhir dengan pemerintahan Katolik iaitu
Ferdinand daripada Aragon dan Isabella daripada Castile. Abdul Hassan telah
meninggal dunia dan telah disemadikan di Sierra Nevada mengikut wasiat beliau
dan anaknya, Baabdil telah mengambil alih pemerintahan. Walaubagaimanapun,
setelah Kristian mengepung Granada, Baabdil telah bersetuju mengundur diri dan
keluarga diraja telah di usir keluar daripada istana.
3.
Dewan Singa(Harem):
dewan ini merupakan tempat kehidupan peribadi seorang raja. Terdapat 124
ruangan, mata air dengan 12 singa yang tersembunyi rahsia yang tidak pernah
didedahkan. Dewan ini juga menggambarkan oasis yang selalu digambarkan oleh
masyarakat Arab dalam mewujudkan suasana indah. Air yang memancut daripada
kolam ke mulut 12 singa yang mengelilingi kolam tersebut. Setiap jam, terdapat
air yang mengalir daripada salah seekor singa yang merupakan suatu keajaiban
yang tidak dapat diterangkan bagaimana ia terhasil.
a.
Dewan
Abencerrajes : dewan ini mempunyai dekorasi pintu yang menarik. Terdapat
kubah berbintang halus yang indah dan 16 buah tingkap serta dua buah kolam yang
diperbuat daripada marmar putih. Keindahan warna yang digunakan untuk menghiasi
kubah adalah biru, emas, coklat, dan merah serta ruangan bunga yang berbentuk gerbang
menghiasi dengan cara yang menarik. Dihadapan dewan ini adalah dewan dua
saudara perempuan di mana marmar putih digunakan sebagai laluan. Selain itu,
terdapat di tengah-tengah laluan tersebut mata air yang sangat cantik yang
memberikan atmosfera yang istimewa kepada dewan tersebut.
b.
Dewan
Diraja: ia merupakan ruangan panjang yang dibahagikan kepada beberapa
bahagian oleh 6 gerbang kecil, 3 laluan berbumbung dan gerbang besar yang
dihiasi dengan seni ukiran Islam yang indah. Terdapat juga bilik di setiap
bahagian dewan.
c.
Dewan Dua
Saudara Perempuan dan Mirador Daraxa: dewan ini terletak di utara mahkamah
singa dan dinamakan Mirador Daraxa kerana terdapat 2 batu marmar sebagai tanda
pada setiap mata air. Terdapat juga sebuah bilik kecil yang dinamakan Ajimeces
Daraxa yang merupakan tempat istirehat permaisuri.
d.
Taman
Arkitek (Generalife): diambil daripada perkataan Arab “Jannat al_Arif”. Ia merupakan taman yang paling terkenal dan paling
indah di Sepanyol. Ia adalah salah satu daripada istana yang digunakan pada
musim panas dan merupakan tanah kerajaan Raja Nasrids. Ia mempunyai kolam yang
panjang dan dikelilingi oleh bunga-bungaan, air pancut, pavilion iaitu bangunan
yang mempunyai ruangan yang terbuka dan colonnades iaitu ruangan yang menyokong
bahagian bumbung bangunan. Ia bersambung dengan Alhambra melalui laluan yang
berbumbung merentasi laluan air yang kecil yang memisahkan diantara taman dan
Alhambra.
4. Memahami Andalusia dan Pengajarannya
Dengan melihat kepada kerajaan Andalusia yang hebat dan
pencapaian ilmuan Islam yang merangkumi pelbagai bidang Sains telah membuatkan
seseorang merasa tertanya-tanya di dalam kesedihan, “Adakah Andalusia telah
runtuh disebabkan kepercayaan, kekuatan, dan kepercayaan kepada Allah?”,
“Apakah sebab utama berlakunya zaman kejatuhan tamadun yang agung?”. Adalah
berbaloi memikirkan mengenai keruntuhan ini bagi seorang Islam dan Muslim dan
kita seharusnya memahami iaitu apabila orang-orang Islam berada di sisi Allah,
mengamalkan ajaran Islam, dan menyebarkan agama Islam kepada manusia
sekaliannya, menakluki sesuatu negara untuk tujuan menyebarkan keamanan,
keadilan, dan keesaan Allah, mereka menjadi pemimpin bagi tamadun manusia, dan
apabila mereka terpesong daripada jalan Allah, mereka menjadi sasaran yang
mudah serta mudah merosot dan runtuh.

