Sedutan bahan dari Youtube..

.








Penulis bersama isteri , Puan Hajjah Noriah bt Zaman Shah   serta beberapa sahabat telah berkesempatan berkunjung ke kota tersebut sekitar bulan March 2014. Lawatan sambil belajar itu telah di biayai oleh seorang sahabat juga besan penulis.iaitu.. .Tuan Haji Zaid B Hj Abdullah dan Isterinya Puan Hajjah Zaidah , .Penulis menulis catatan mengenai lawatan tersebut secara ringkas mengenai asal usul serta keadaan semasa mengenai suatu kejadian didalam lipatan sejarah.



Berikut adalah catatan mengenai lawatan tersebut dalam bentuk kajian dan penelitian serta bahan bahan yang di dapati mengenai suatu tamadun empayar islam suatu masa dahulu .






Operasi penaklukan
Musa bin Nushair telah mengarahkan Tariq bin Ziyad memimpin 7000 orang tentera pada tahun 92H/711M  bagi memperluaskan empayar Islam dan menakluki Cartegana dan kawasan di sekitarnya. Tariq bin Ziyad berkata kepada tentera Islam, “laut dibelakang kamu dan musuh di hadapan kamu”. kemudian beliau telah membakar kesemua kapal dan memberikan semangat kepada tenteranya untuk berhadapan dengan tentera Rodrigo. Tentera Rodrigo mempunyai jumlah yang menandingi tentera Khalid iaitu 40,000 hingga 100,000 orang tentera, tetapi dengan tentera tambahan yang dihantar oleh Musa bin Nusaib seramai 5000, tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera Rodrigo dan Rodrigo telah terbunuh di dalam peperangan tersebut. Selepas berjaya menakluk kota tersebut,Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nushair telah diarahkan oleh Khalid al-Walid bin Abdul Malik untuk pergi ke Morocco pada 96M/715H dan anak Musa bin Nusaib telah mengambil alih pemerintahan Andalusia. Di dalam fasa penaklukan dan pengusaan wilayah Islam, tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera yang terkuat dan terbanyak yang dimiliki oleh Goths walaupun terdapat ramai tentera Islam yang terkorban, hampir kepada 1/3 daripada jumlah tentera. Maka bermulalah era kegemilangan Islam di Sepanyol seperti bandar Malaga, Granada dan Cordoba.

Kota Granada

Daerah ini terdiri daripada Kota Granada, Cordoba dan Toledo. Ia telah diperintah oleh Bani Al-Ahmar atau Bani Nasir. Ia telah diperintah dibawah penguasaan Bani Nasir selama 250 tahun sebelum runtuhnya pada tahun 1429M. Kedatangan Arab telah disekat ketika pemerintahan 2 orang pemerintah iaitu Zirids dengan 4 monarki dan Nazarites dengan bilangan sultan yang banyak. Pemerintahan mereka bertahan selama 250 tahun sehingga runtuh pada 897H/1492M. Malaga dan Almaria merupakan kota yang gemilang tetapi yang terhebat dan menjadi kota tumpuan adalah Alhambra.

Alhambra

Alhambra merupakan syurga di atas dunia, seperti yang dibayangkan oleh penyair, kekayaan seni binaannya yang menakjubkan, dan merupakan permata dalam kalangan kota-kota di Andalusia. Perkataan Algala Alhamra, kota merah atau dikenali sebagai istana merah. Menaranya merah dengan bentengnya menjadi bersinar keperakan di malam hari dan emas berkilauan ketika di siang hari. Ia telah dipelihara oleh Mohammed Al-Ahmar dan anaknya pada kurun ke-13, dan Yusuf I dan anaknya Mohammed V pada kurun ke-14. Alhambra merupakan sebuah pekan kecil yang memiliki kubu pertahanan iaitu Al-Kazaba dan Alcaser iaitu kediaman mahkamah diraja.

Struktur Kota Alhambra

·         Pintu Keadilan

Pintu ini adalah jalan menuju ke Alhambra di mana terdapat sebuah hiasan lengkungan seperti ladam kuda yang diberikan sedikit warna dengan warna oren dan emas. Lengkungan yang kedua dan yang lebih kecil menunjukkan kunci kesenian yang menunjukkan kekuasaan untuk memerintah dan membuat kekuasaan dan kekuatan wilayah.

·         Bekas Cisterns

Ruangan yang berbentuk segi empat yang membekalkan penghantaran air minuman sejuk yang besar jumlahnya yang mana salah satu daripadanya telah dihantar menggunakan tenaga keldai kembali ke Alhambra oleh penjualnya.
·         Alcasaba

Bermaksud “mempertahankan kubu atau istana”. Ia mempunyai bilangan menara yang banyak untuk mempertahankan lindungi istana dan kota. Menara yang mengelilingi kota menggunakan kaedah amaran yang berbeza diantara siang dan malam. Kaedah yang digunakan pada waktu malam untuk menyampaikan amaran kepada penduduk adalah dengan menggunakan unggun api manakala di waktu siang, amaran diberikan dengan menggunakan asap sebagai langkah berjaga-jaga oleh pengawal sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Di atas menara tersebut, terdapat laluan dihiasi dengan taman yang memukau. Terdapat juga menara La Vela yang bermaksud penuh berhati-hati dan siap sedia. Kuarter Albaicin adalah salah satu daripada unit yang terkenal yang mempunyai rumah kecil yang tersusun antara satu sama lain dengan laluan yang menuju ke daerah lain dalam kota tersebut.

Istana Diraja

Istana ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama ialah Bilik Emas ( Mexuar ), kedua ialah Bilik Comares iaitu mahkamah rasmi, dan ketiga ialah Bilik Singa ( Hareem ). Mari kita merungkai dengan lebih mendalam untuk mengetahui rahsia jabatan yang misteri ini.


1.       Mexuar:  Jabatan ini mengutamakan keadilan sebagai teras jabatan. Kenyataan ini boleh dilihat dengan jelas di atas perkataan yang diukir diatas jubin seramik untuk mengetengahkan keutamaan keadilan di dalam ajaran Islam, “ masuk dan anda akan menemui keadilan”, dan “jangan takut untuk meminta keadilan, di sini anda akan menemuinya”. Anda akan melihat 4 ruangan kecil yang dipenuhi dengan ukiran daun dan rekaan yang menawan dan hiasan yang telah merujuk kepada ‘Arabesques’ iaitu kesenian tradisi masyarakat Arab yang dipenuhi hiasan dan warna yang menarik. Di dalam ruangan tersebut, terdapat beberapa bahagian yang mempunyai huruf yang ganjil dan di bahagian tengah terdapat kolam marmar yang cantik, tingkap –tingkap kecil, bingkai yang diperbuat daripada ukiran kayu, dan ia merupakan hiasan yang tertinggi yang terdapat di dalam bangunan tersebut.

2.       Bilik Comares: Ia adalah pusat istana raja, dan berbentuk segi empat tepat dengan kolam renang yang dikelilingi oleh pokok kecil yang berbunga putih atau merah jambu yang mengeluarkan bau-bauan yang manis sebagai pagar. Jelas dilihat moto “Tuhan sahaja yang menang” contoh, “Wa Allah Ghalib Ala Amreh” dalam Bahasa Arab.

a.       Dewan Barakah: di bahagian pintu masuk, terdapat dua hiasan bertingkat yang terpelihara untuk memegang pasu bunga kecil, bekas yang mempunyai muncung dan bertangkai untuk hiasan air atau lampu. Ia merupakan alu-aluan dan keberkatan ketika memasuki ke dalam dewan.

b.      Bilik Takhta (Dewan Duta): bilik ini merupakan salah satu bilik yang paling menarik yang mana dipayungi oleh kubah daripada kayu cedar, tingkap yang kecil dan hiasan tradisi masyarakat Arab iaitu Arabesque.

Pemerintah Terakhir Granada

Terdapat tiga orang pemerintah ketika fasa terakhir pemerintahan Al-Ahmer iaitu Muley Abdul Hassan, anaknya Baabdil, dan Elzagal yang merupakan abang kepada Abdul Hassan sebelum ia berakhir dengan pemerintahan Katolik iaitu Ferdinand daripada Aragon dan Isabella daripada Castile. Abdul Hassan telah meninggal dunia dan telah disemadikan di Sierra Nevada mengikut wasiat beliau dan anaknya, Baabdil telah mengambil alih pemerintahan. Walaubagaimanapun, setelah Kristian mengepung Granada, Baabdil telah bersetuju mengundur diri dan keluarga diraja telah di usir keluar daripada istana.

3.       Dewan Singa(Harem): dewan ini merupakan tempat kehidupan peribadi seorang raja. Terdapat 124 ruangan, mata air dengan 12 singa yang tersembunyi rahsia yang tidak pernah didedahkan. Dewan ini juga menggambarkan oasis yang selalu digambarkan oleh masyarakat Arab dalam mewujudkan suasana indah. Air yang memancut daripada kolam ke mulut 12 singa yang mengelilingi kolam tersebut. Setiap jam, terdapat air yang mengalir daripada salah seekor singa yang merupakan suatu keajaiban yang tidak dapat diterangkan bagaimana ia terhasil.

a.       Dewan Abencerrajes : dewan ini mempunyai dekorasi pintu yang menarik. Terdapat kubah berbintang halus yang indah dan 16 buah tingkap serta dua buah kolam yang diperbuat daripada marmar putih. Keindahan warna yang digunakan untuk menghiasi kubah adalah biru, emas, coklat, dan merah serta ruangan bunga yang berbentuk gerbang menghiasi dengan cara yang menarik. Dihadapan dewan ini adalah dewan dua saudara perempuan di mana marmar putih digunakan sebagai laluan. Selain itu, terdapat di tengah-tengah laluan tersebut mata air yang sangat cantik yang memberikan atmosfera yang istimewa kepada dewan tersebut.
b.      Dewan Diraja: ia merupakan ruangan panjang yang dibahagikan kepada beberapa bahagian oleh 6 gerbang kecil, 3 laluan berbumbung dan gerbang besar yang dihiasi dengan seni ukiran Islam yang indah. Terdapat juga bilik di setiap bahagian dewan.
c.       Dewan Dua Saudara Perempuan dan Mirador Daraxa: dewan ini terletak di utara mahkamah singa dan dinamakan Mirador Daraxa kerana terdapat 2 batu marmar sebagai tanda pada setiap mata air. Terdapat juga sebuah bilik kecil yang dinamakan Ajimeces Daraxa yang merupakan tempat istirehat permaisuri.
d.      Taman Arkitek (Generalife): diambil daripada perkataan Arab “Jannat al_Arif”. Ia merupakan taman yang paling terkenal dan paling indah di Sepanyol. Ia adalah salah satu daripada istana yang digunakan pada musim panas dan merupakan tanah kerajaan Raja Nasrids. Ia mempunyai kolam yang panjang dan dikelilingi oleh bunga-bungaan, air pancut, pavilion iaitu bangunan yang mempunyai ruangan yang terbuka dan colonnades iaitu ruangan yang menyokong bahagian bumbung bangunan. Ia bersambung dengan Alhambra melalui laluan yang berbumbung merentasi laluan air yang kecil yang memisahkan diantara taman dan Alhambra.

4.       Memahami Andalusia dan Pengajarannya

Dengan melihat kepada kerajaan Andalusia yang hebat dan pencapaian ilmuan Islam yang merangkumi pelbagai bidang Sains telah membuatkan seseorang merasa tertanya-tanya di dalam kesedihan, “Adakah Andalusia telah runtuh disebabkan kepercayaan, kekuatan, dan kepercayaan kepada Allah?”, “Apakah sebab utama berlakunya zaman kejatuhan tamadun yang agung?”. Adalah berbaloi memikirkan mengenai keruntuhan ini bagi seorang Islam dan Muslim dan kita seharusnya memahami iaitu apabila orang-orang Islam berada di sisi Allah, mengamalkan ajaran Islam, dan menyebarkan agama Islam kepada manusia sekaliannya, menakluki sesuatu negara untuk tujuan menyebarkan keamanan, keadilan, dan keesaan Allah, mereka menjadi pemimpin bagi tamadun manusia, dan apabila mereka terpesong daripada jalan Allah, mereka menjadi sasaran yang mudah serta mudah merosot dan runtuh.